Pickling Plant Operator

Be among the first applicants.
TERENGGANU SILICA CONSORTIUM SDN.BHD.
Bandar Permaisuri
MYR 100,000 - 150,000
Be among the first applicants.
7 days ago
Job description

Description

TUGAS KERJA : OPERATOR PENGELUARAN (KILANG PICKLING)

  1. Memastikan langkah-langkah aliran proses Pickling Plant mengikut piawaian dan Standard Operation Procedure (SOP) pihak Syarikat;
  2. Menyediakan maklumat pengeluaran atau informasi pengeluaran mengikut syif kerja kepada Penyelia Kilang Pickling;
  3. Mengikut jadual kerja (roster schedule) dan peralihan penjadualan;
  4. Memastikan semua mesin dan alatan pengeluaran berada di dalam keadaan yang optimum, bersih dan selamat;
  5. Melakukan pemantauan pada alatan-alatan kilang;
  6. Melakukan tugasan sampingan yang diberikan oleh pihak atasan;
  7. Wajib untuk menjalankan tugas mengikut jadual bekerja termasuk kerja lebih masa (OT) dan penggantian tugas kerja apabila kakitangan lain yang mengambil cuti atau apabila diperlukan;
  8. Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan bersih;
  9. Berkomunikasi secara berkesan dengan kakitangan syif di MUP dan MPP;
  10. Bertanggungjawab membuat penyerahan tugas harian mengikut jadual peralihan;
  11. Mengekalkan disiplin dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai objektif dan sasaran pihak Syarikat;
  12. Membantu Penyelia Kilang Pickling untuk mengenalpasti masalah dalam mencapai kualiti produk;
  13. Memastikan kualiti produk siap mengikut piawaian dan standard kualiti pihak Syarikat;
  14. Sebarang kemusykilan atau proses tergendala hendaklah dirujuk kepada Penyelia Kilang, Jurutera atau Pengurus dengan secepat mungkin;
  15. Memberikan bantuan kepada Pasukan Penyelenggaraan dan Pasukan Elektrikal sekiranya diperlukan;
  16. Elak pembaziran dan mengurangkan sisa buangan;
  17. Membantu Penyelia Kilang Pickling untuk mengawal kos pengeluaran berdasarkan bajet pengeluaran pihak Syarikat;
  18. Melaporkan bahaya / kemalangan di kawasan pengeluaran kepada Penyelia Kilang Pickling atau Pengurus;
  19. Wajib patuh kepada garis panduan etika pekerjaan dan keselamatan pihak Syarikat;
  20. Wajib mematuhi dan praktik semua peraturan, kod dan amalan Kesihatan dan Keselamatan seperti ditetapkan oleh pihak Syarikat dan Agensi Kerajaan yang berkaitan di tempat kerja.

Tanggungjawab Tambahan Umum
Bertanggungjawab untuk melaksanakan, mengekalkan dan mematuhi Polisi Sistem Pengurusan Bersepadu Syarikat, prosedur dan keperluan berkaitan ISO 9001 :2015 Sistem Pengurusan Kualiti, Iso 45001 :2018 Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Dan Iso 14001:2015 Sistem Pengurusan Alam Sekitar;

Tanggungjawab Utama Operator Reagent

  1. Mengawasi penggunaan reagen kimia di dalam proses pickling;
  2. Menyediakan reagen kimia mengikut formula dan kuantiti yang ditentukan;
  3. Memantau parameter proses seperti suhu dan pH;
  4. Mengumpul dan menganalisis sampel untuk memastikan proses berada di dalam spesifikasi.

Tanggungjawab Utama Operator Raw and Leaching

  1. Menyediakan larutan leaching mengikut kepekatan dan kuantiti yang ditetapkan;
  2. Mengendalikan tangki leaching dan pantau peralatan untuk memastikan ia berfungsi dengan betul;
  3. Memantau proses larut lesap seperti suhu, pH dan kepekatan asid;
  4. Mengambil sampel daripada proses leaching untuk dianalisis oleh metalurgi.

Tanggungjawab Utama Operator Water Treatment Operator

  1. Menyediakan bahan kimia rawatan air seperti flokulan dan kapur terhidrat;
  2. Memantau proses rawatan air seperti pH, kekeruhan, bahan cemar lain;
  3. Memastikan air kumbahan dirawat dengan betul sebelum dibuang;
  4. Menjalankan ujian kualiti ke atas air sisa yang telah dirawat.

ISO 45001:2018 Safety & Health Management System
Mematuhi prosedur sistem pengurusan OHSAS, ini termasuk;
Bertanggungjawab dalam mengikuti prosedur pengurusan fasiliti;
Mengikuti prosedur standard jawatankuasa keselamatan / pasukan keselamatan.

ISO 14001:2015 Environmental Management System
Harus mengikuti sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan (EMS) terutamanya latihan, dasar, objektif, dan tindakan pencegahan;
Mematuhi rangka kerja EMS untuk menguruskan kesan alam sekitar segera dan jangka panjang produk, perkhidmatan dan proses organisasi.

Company
Terengganu Silica deposit is located in Setiu, in the state of Terengganu, Malaysia. The largest silica resource in Asia of an area of more than 1000 hectares of lease land with proven reserve of more than 60 million ton of high purity grade silica, having strategically located resource and plant facilities in center of Asia and closer to customers. Terengganu Silica’s beneficiation plant equipment consist of a state of art technologies and breakthrough innovations which was customised design for diverse industrial applications. Our products have a purity range from 99.55% to 99.9% SiO2 with low iron oxide content and no interfere of color. Fully automated beneficiation plant in order to achieve consistent grades of high purity silica sand. Terengganu Silica will be the leading high purity silica sand producer in Asia and Oceanic with an estimation annual capacity of 500,000MT. In future expansion of diverse products, the annual capacity is expected to be 1,200,000MT.

Get a free, confidential resume review.
Select file or drag and drop it
Avatar
Free online coaching
Improve your chances of getting that interview invitation!
Be the first to explore new Pickling Plant Operator jobs in Bandar Permaisuri