PENOLONG KANAN (PROJEK KHAS - TOWN PLANNER)
LOKASI PENEMPATAN BEKERJA
Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Membantu mengurus pengurusan dan pentadbiran Jabatan Projek (Khas) berdasarkan gerak kerja dari semasa ke semasa iaitu:
a) Membantu menyediakan gerak kerja Jabatan Projek (Khas) dan memastikan pelaksanaan tugas-tugas jabatan berjalan dengan lancar sebagaimana arahan Timbalan Presiden RPM;
b) Membantu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sektor RPM berdasarkan KPI yang telah disasarkan oleh PDT;
c) Membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Projek (Khas) dan memastikan pematuhan SOP mengikut proses dan carta alir yang berkaitan sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Pengurusan PDT;
d) Menyertai latihan, bengkel dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia.
2. Membantu mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kerja Jabatan Projek (Khas) PDT iaitu:
a) Membantu menjalankan kajian pasaran dan ekonomi bagi mengenal pasti peluang pembangunan perniagaan yang baru berdasarkan empat (4) industri utama PDT;
b) Membantu mengenalpasti dan menyediakan laporan kajian berdasarkan aspek teknologi, kebolehlaksanaan dan keupayaan syarikat bagi tujuan penyediaan kertas kelulusan Lembaga Pengarah PDT;
c) Membantu menyediakan laporan berkaitan bagi pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi PDT.
3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Presiden RPM dari masa ke semasa.
SYARAT DAN KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda (Town Planning, Management) / lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek sekurang-kurangnya DUA (2) tahun;
4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya; dan
6. Berfikiran secara kreatif dan inovatif.
GAJI DAN POTONGAN
1. Purata gaji berserta elaun tetap adalah RM2,500.00 hingga RM2,900.00 sebulan; dan
2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS.
Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 24 months
Salary: RM2,500.00 - RM2,900.00 per month
Benefits:
Additional leave
Free parking
Health insurance
Maternity leave
Opportunities for promotion
Parental leave
Professional development
Supplemental pay types:
Overtime pay
Education:
Bachelor's
Experience:
work: 2 years