Event Coordinator

Be among the first applicants.
Asiana Wedding Centre Sdn Bhd
Batu Caves
MYR 100,000 - 150,000
Be among the first applicants.
7 days ago
Job description

Job Responsibilities

  • Berpengalaman kendali majlis perkahwinan/korporat minimum 3 tahun.
  • Berkomunikasi dengan baik & professional.
  • Melihat dan menilai kepada jenis, saiz, lokasi event yang mahu dianjurkan (jika berkenaan).
  • Memeriksa/audit perkakasan dewan (keseluruhan dewan).
  • Mendapatkan maklumat jelas berkenaan floor majlis daripada client (walaupun DJ/Emcee telah berkomunikasi dengan client).
  • Membuat perancangan "draft" bagi keperluan event tersebut. Memahami format dan tema untuk event tersebut (jika berkenaan).
  • Membuat perancangan logistik, konten dan kewangan event tersebut (jika ada).
  • Menyediakan unjuran kewangan berdasarkan quotation yang diterima (jika ada).
  • Menyediakan beberapa pilihan untuk dibentangkan kepada client, berdasarkan bajet yang disediakan (jika ada).
  • Memeriksa dewan dari segi kebersihan (tempat majlis/surau/tandas/fitting room/holding room), kelancaran sistem audio visual, keperluan teknikal dan perkakasan dewan.
  • Memastikan sistem S.O.P masih diboleh pakai untuk majlis yang akan berlangsung terutama thermometer, kod bar (My Sejahtera), penanda/sticker penjarakan sosial dan sanitizer (jika berkenaan).
  • Perlu hadiri mesyuarat setiap hari Selasa bersama team marketing/sales dan team operasi bagi membincang/kenalpasti setiap perjalanan majlis untuk minggu tersebut. Mesyuarat tersebut mengandungi tarikh majlis, nama dewan, jumlah tetamu, menu makanan dan perancangan majlis serta checklist yang perlu dititik beratkan.
  • Memastikan semua krew terlibat berada di lokasi masing-masing mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan event mengikut perancangan yang dibuat.
  • Memastikan majlis berjalan mengikut aturcara yang telah ditetapkan.
  • Memastikan setiap keperluan event ada.
  • Menjadi Event Coordinator pada hari kejadian.
  • Memantau semua krew.
  • Menguruskan kekangan/masalah atau cabaran yang hadir dengan membuat keputusan untuk meneruskan acara.
  • Memastikan team katering datang tepat pada waktu bersama makanan yang lengkap serta cukup kelengkapan katering.
  • Memastikan makanan mencukupi sebelum majlis bermula.
  • Menyediakan laporan event atau penilaian majlis. (Laporan bertulis dan temu bual bersama pengantin dibuat melalui rakaman video bagi tujuan promosi di FB/IG).
  • Memastikan keadaan dewan bersih dan teratur selepas event.
  • Menjaga hubungan baik dengan client.

Penting untuk Diingat

Kebanyakan daripada tugasan Event Coordinator adalah bersifat teknikal & memerlukan kemahiran merancang di samping melihat apa yang bakal berlaku sebelum, semasa dan selepas hari kejadian dan membuat keputusan yang tepat dan cepat.

Peluang Kerjaya

  • Kenaikan Berdasarkan Prestasi
  • Pertumbuhan Kerjaya
  • Perjalanan & Acara Syarikat
Get a free, confidential resume review.
Select file or drag and drop it
Avatar
Free online coaching
Improve your chances of getting that interview invitation!
Be the first to explore new Event Coordinator jobs in Batu Caves