Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad
Jawatan Eksekutif Audit Dalam (Gred B6)
Kelayakan
Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan / Kewangan & Perbankan dengan kepujian dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Mempunyai sekurang-kurang dua (2) tahun pengalaman dalam bidang audit dalam dan pengurusan risiko.
Mempunyai kemahiran dalam membuat analisis data dan menyediakan laporan audit serta mempunyai pengalaman sebagai ketua kumpulan audit.
Berdaftar sebagai ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) / Institut Juruaudit Dalaman (IIA) adalah satu kelebihan.
Berpengetahuan mengenai garispanduan & framework yang dikeluarkan oleh IIA.
Mempunyai interpersonal yang cemerlang, proaktif, berdisiplin, teliti, multi-tasking dan bermotivasi tinggi.
Mampu bekerja di bawah seliaan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan serta tugasan ad-hoc.
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam menguruskan tugasan serta memantau kakitangan di bawah seliaan.
Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office.
Sanggup untuk bekerja di luar kawasan dan mempunyai kenderaan sendiri.
Melaksanakan pengauditan mengikut perancangan audit dan pengauditan khas di dalam tempoh yang telah dijadualkan.
Deskripsi Tugas
Memastikan rekod, dokumen serta kaedah pengauditan adalah berdasarkan kepada “Standards & Guidance – International Professional Practices Framework (IPPF)”.
Menyediakan laporan audit dan mengadakan mesyuarat pembukaan serta penutup audit.
Mendapatkan maklumbalas / pelan tindakan daripada pihak auditi dan membuat audit susulan.
Memastikan polisi, prosedur, aturan, pekeliling, memo terkini yang digunapakai oleh Koop Sahabat disimpan dan difailkan untuk rujukan Jabatan Audit.
Menyelia & memantau kakitangan di bawah seliaan.
Membantu jabatan dalam pengurusan mesyuarat jawatankuasa / Lembaga dan pentadbiran.
Terlibat dalam program-program di peringkat Koop Sahabat dan melaksanakan tugasan ad-hoc yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Jawatan Penolong Eksekutif Audit Dalam (Gred C5)
Kelayakan
Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma / Sijil dalam bidang Audit / Perakaunan / Kewangan & Perbankan dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Mempunyai sekurang-kurang dua (2) tahun pengalaman dalam bidang audit dalam dan pengurusan risiko.
Mempunyai pengalaman dalam membuat analisis data dan menyediakan laporan audit serta kertas kerja audit.
Berpengetahuan mengenai garispanduan & framework yang dikeluarkan oleh IIA.
Mempunyai interpersonal yang cemerlang, proaktif, berdisiplin, teliti, multi-tasking dan bermotivasi tinggi.
Mampu bekerja di bawah seliaan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan serta tugasan ad-hoc.
Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office.
Sanggup untuk bekerja di luar kawasan dan mempunyai kenderaan sendiri.
Deskripsi Tugas
Membantu ketua kumpulan audit dalam melaksanakan pengauditan mengikut perancangan audit di dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Memastikan rekod, dokumen serta kaedah pengauditan adalah berdasarkan kepada “Standards & Guidance – International Professional Practices Framework (IPPF)”.
Menyediakan kertas kerja dan laporan audit serta terlibat semasa mesyuarat pembukaan serta penutup audit.