DIGITAL MARKETER

Be among the first applicants.
Brilliant World Holding Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur
MYR 100,000 - 150,000
Be among the first applicants.
3 days ago
Job description

Adakah anda seorang yang kreatif, berpengalaman dalam pengiklanan digital, dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini? Kami sedang mencari seorang Digital Marketer yang berbakat untuk menyertai pasukan kami dan membantu memperkasa jenama serta meningkatkan prestasi pemasaran kami di platform digital!

Tanggungjawab:

  1. Merancang, mengurus, dan mengoptimumkan iklan di platform Google, Facebook, dan TikTok, sesuai dengan objektif produk.
  2. Membangunkan strategi pengiklanan untuk pelbagai produk dan menganalisis prestasi data untuk menambah baik strategi iklan.
  3. Melaksanakan strategi kandungan yang selari dengan matlamat perniagaan, fokus pada platform Facebook & Instagram.
  4. Menganalisis dan melaporkan prestasi kempen, menggunakan data untuk meningkatkan pulangan atas pelaburan (ROI).
  5. Memantau laporan data iklan harian/mingguan/bulanan serta membuat pelarasan bagi meningkatkan prestasi dan mencapai KPI.
  6. Berkolaborasi dengan pasukan dalaman untuk memastikan pemesejan dan penjenamaan konsisten di semua saluran.
  7. Menghasilkan idea kreatif untuk kempen yang memukau dan berkesan, menggunakan trend dan amalan terbaik terkini.

Kelayakan & Kemahiran:

  1. Kreatif dan mempunyai pengetahuan dalam penulisan serta platform digital/media sosial.
  2. Kemahiran analisis yang baik, dengan keupayaan untuk mentafsir data iklan dan menyesuaikan strategi dengan efektif.
  3. Sentiasa peka dengan trend dan teknologi dalam dunia pengiklanan digital.

Kenapa Sertai Kami?

  1. Peluang untuk berkembang dalam persekitaran yang dinamik dan inovatif.
  2. Berinteraksi dan belajar dari pakar dalam industri.
  3. Bina portfolio anda dengan pelbagai kempen pemasaran yang menarik dan berjaya.
  4. Berpeluang untuk kenaikan gaji dan pangkat.
  5. Gaji permulaan yang kompetitif (ikut kelayakan & pengalaman).
  6. Caruman KWSP, PERKESO dan EIS.
  7. Cuti Tahunan.
  8. Medical Benefit.
  9. Makanan disediakan.
  10. Berdekatan dengan LRT Gombak & LRT Taman Melati.
  11. Lokasi pejabat berdekatan dengan KL East Mall.
Get a free, confidential resume review.
Select file or drag and drop it
Avatar
Free online coaching
Improve your chances of getting that interview invitation!
Be the first to explore new DIGITAL MARKETER jobs in Kuala Lumpur